(1) Anda spesis manusia yang banyak wang kalau memilih syarikat penerbangan ini. Syarikat ini memastikan tempat duduk anda bernombor dan telah ditentukan. Anda juga akan diberi makanan yang enak semasa dalam penerbangan.

(2) Anda spesis manusia yang suka berjimat kalau memilih syarikat penerbangan ini. Tapi .. untuk masuk ke kapal terbang dan mendapatkan tempat duduk .. anda kena berebut-rebut sama seperti hendak naik bas mini atau van yang dipandu oleh Pendatang Tanpa Izin. Kalau mau makan, anda mesti beli .. sebungkus nasi lemak = lebih kurang RM8.00 bersamaan dengan 16,000 rupiah.

Oleh yang demikian ... saya mencadangkan anda gunakan syarikat penerbangan di bawah ... nama syarikat ini Air Mahendran.
Tambangnya sama murah seperti Air Asia ... tapi makanannya amat murah dan cepat disediakan ... anda boleh pilih mau makan roti canai, capati, tosei, mee goreng mamak atau paling cincai pun boleh order maruku! Minuman pun macam-macam ada .. teh tarik Madras, teh halia, teh lengkuas, teh kunyit, teh kayu manis, malah teh minyak kayu putih pun ada!

Selamat terrrbang jugaaa!!
Tags: Jokes, Funny, Humour, Low Cost Carrier, Airlines, Malaysia Airlines, AirAsia, Airplane
No comments:
Post a Comment